Khamis, 12 Jun 2008

AKIDAH AHLUS SUNNAH WA JAMAAH

Akidah Ahli Sunnah Wal jamaah berteraskan kepada akidah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada para sahabat baginda Ridwanullahi Alaihim Ajmain seterusnya kesinambungan ini diteruskan oleh para al-tabiin, tabi,al-tabiin hinggalah sampai kepada kita sekarang.

Imam al-Hafiz al-murtadho al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf al-Sadah al-muttaqin menerangkan bahawa apabila ditanyakan siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah maka jawabnya ialah al-Asya'iroh dan al-Maturidiyyah.

Mazhab al-Asyairoh adalah nisbah kepada Imam Abu al-Hasan al-Asy"ari yang bernama Ali bin Ismail (w324H) dan Mazhab al-Maturidiyyah pula nisbah kepada Imam Abu Mansur al- Maturidi,Muhammad bin Muhammad(w333H)

Kedua mazhab ini dikatakan Mazhab Ali Sunnah Wal Jamaah kerana kedua imam inilah yang menghurai,memperinci dan memperbahaskan ilmu ini.Dalam erti kata lain meletakkan atau menyusun satu disiplin atau metod unuk memahami akidah islam serta mempertahankan akidah umat islam dengan dalil Naqli dan Aqli.Di samping itu mereka mempunyai pengikut yang ramai di timur dan barat yang mempertahankan akidah umat islam yang suci murni ini berdasarkan akidah mentanzihkan Allah,menolak tasybih serta ta'til dengan dalil Naqli serta Aqli yang ampuh.